Salam..lama tak bersiaran..hahaha...mcm DJ radio pulak..tak sempat nk load gambar wlpun ada la msk sikit2..malam tadi dr pkul 8 smpai 12 malam membuat brownies ni..cubaan ke2..barulah brjaya..tkasih pd sahabat,Fina rauf atas resepi dan panduan membuatnya..marvellous..cuma agak lembut sikit..lain kali nk kena keraskan sikit..rasa ...hmmmm..sedap..nnti ada kesempatan misah mskkn resepinya ya..ada keje lain jap..Jumpa lg.
9.00 malam: salam lagi...ok dah nk mskan resepinya..
Bhn A:
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula castor
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn minyak
1tsp esen vanilla
1/2 cwn susu segar
**1/2 cwn air panas
2 biji telur gred A
1 tsp coklat emulco
1 tsp kopi emulco (klau takda, campurkan 1 tsp nescafe ke dlm air panas yg brtanda **)
Cara: 1.Pukul gula dn telur. 2. Mskkan esen vanila,minyak dn susu. Pukul lg.
3. Mskkn tepung yg diayak dgn b. powder dn b.soda.
4. Mskkn choc.emulco,coffee dn air panas.
lapisan cheese:
250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur gred A
25 ml air.
Cara : Campur semua bhn kecuali telur. Pukul hingga kembang.mskkn telur dn pkul lg. Akhir skali mskkan air,pukul sekejap.
Cara memasak/melapis: mskkn 1/2 adunan coklat ke dalam acuan yg beralaskan kertas minyak. Kukus 15 minit. Mskkan lapisan cheese dan kukus lagi 15 minit. akhir sekali lapiskan dgn baki 1/2 adunan coklat dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Hias dg coklat ganache dan apa2 kekacang yg suka atau yg bersesuaian...ok itu sahaja SELAMAT MENCUBA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan