Sabtu, 7 April 2012

KEK PRUNE KUKUS

Salam...Alhamdulillah brsyukur kerana masih dipanjangkn usia utk terus menikmati alam kehidupan ini dn juga melaksanakan kewajipan kita sbg hamba Allah swt...Minggu ni agaknya minggu kukus sedunia..dah 3 resepi brturut d buat secara kukus..semalam buat kek ni pulak..resepi dr Leen Omar ni dah lama ambik tpi baru smlam di cuba buat..Alhamdulillah..not bad ..mudah dn sedap..di sukai ramai..hehehe..Ok bagi sesiapa yg nak cuba ini resepinya..
Bahan:
250 gm butter
2 cwn tepung naik sendiri(misah guna tepung gandum +1 sk baking powder)
1 cwn gula kastor
1/3 tin kecil susu pekat manis
20 biji prune tnpa biji(blend dgn sedikit air.100 ml..)
5 biji prune- hiris kasar; (5 biji lg misah hiris utk buat hiasan)
5 biji telur (misah guna 4 biji Gred A pun ok jugak)
Cara:
1. Didihkn air dlm pengukus.
2. Griskn loyang dgn butter.
3. Putarkan butter, gula dn susu pekat.
4.Mskkn telur satu per satu(boleh tmbah esen v)
5. Putar lagi dn mskkn prune yg di blend.
6. Mskkn tepung sedidikt demi sedikit..putar sebati.
7. Last sekali mskkn prune yg di hiris kasar dan kacau dgn senduk sudah memadai.
8. Tuang adunan dlm loyang.hiaskn dgn prune hiris(opt)
9. Kukus selama 1 1/2 jam.

SELAMAT MENCUBA...HS.