Sabtu, 20 Oktober 2012

SEORANG AKU (siri 2)

Salam....mungkin hari ini adalah hari yg aku akan menulis ttg AKU..tidak lah begitu menarik ceritanya sekadar berkongsi rasa ttg siapa AKU sebenarnya atau tidak juga yg sebenarnya kerana adakalanya tulisan yg berjela tidak mampu menjelaskan ttg diri dan peribadi seseorang..dan mungkin juga orang yg saban hari bersama dgn kita juga tidak memahami atau "kenal" siapa kita sebenarnya kerana setiap kita mempunya rahsia diri yg hanya diri sendiri sahaja yg faham...yg pasti aku seorang yg suka memerhati dan menulis..dari pemerhatian aku menulis..itulah sebenarnya AKU...cuma kdg2 tulisan ku agar berbaur peribadi walaupun sebnarnya ada ceritanya bukan milik AKU..ceritanya dari org lain dan tempat lain..bukan di sini ..ku garap menjadi madah ..puisi..tulisan..dan kini cuba utk menulis cerpen dan kalau mampu ingin menulis sebuah novel..hahhaa..mgkin ada yg tersenyum sinis dan ketawa...tidak mengapa.. dan aku tahu ada secara gurauan menyindir ttg cara ku ini dan aku hanya trsenyum kerana aku anggap mereka tidak memahami citarasa dan cara ku...adakalanya juga aku menangis sendiri kerana aku mudah trsentuh dgn setiap kata dn perlakuan org..tapi aku pujuk saja hati ku..anggaplah mereka itu spt angin yg dtg dan pergi begitu sahaja..adakalanya kuat adakalanya perlahan namun tidak akan mampu membuat aku goyah kerana aku tidak meminta apa2 dr mereka....
Entahlah..aku pun tidak tahu kenapa aku suka menulis...walaupun tulisanku cuma tulisan orang kecil tapi aku masih terus ingin menulis....mungkin ada yg begitu sinis dan jengkel dgn sikapku..ya..mana mungkin semua org akan suka dgn cara kita..tidak mengapa..kita tidak akan memaksa sesiapa utk menyukai..kita juga tidak akan meminta mereka membaca..kerana.. Namun..masih ada beberapa sahabat yg begitu setia brsama..memberi dorongan dan sokongan dan bersyukur bertemu org2 spt ini yg begitu memahami dan mengerti...Terima kasih sahabat....AKU menulis bukan kerana nama... aku menulis kerana suka menulis..dan selagi keSUKAan ku ini tidak menyakiti hati sesiapa ..diharapkan aku akan terus berkarya dgn cara ku yg serba sederhana ini..  iNSYALLAH SELAGI DI IZINKN Tuhan...

RINDU YG TERTINGGAL DI TASIK BIRU


Hari ini..
aku masih d sini..
melihat ombak2 kecil di permukaan tasikmu
di belai sang bayu yg setia..

...
mungkihkah setia spt aku
pd saban waktu mengenangmu
pd setiap detik mengingatimu

namun..aku harus akur pd hukum alam
segala yg bermula
akan ada akhirnya.

walau berat sekali kaki melangkah
ku gagahi jua
kerana tiada apa lagi di sini
sekadar cebisan kenangan silam
dan
aku ingin berani utk pergi
aku ingin segalanya bertitik noktah
dan biar saja..
..... tasik biru ini menyimpan rinduku..
~ HaSa