Isnin, 15 Oktober 2012

RED VELVET CAKE(2)

Salam...selamat pagi...dah lama tak membaking..so malam tadi sempat buat RVC..dah lama nk buat correction yg dulu..kali ni mcm jadi sikit..hehehe...but still tak puas hati..will try sekali lagi..but the taste..sedappp..ala2 secret recipe..sapa lagi nak puji klau tak diri sendiri..masuk bakul angkat sendirilah ni...hehehehe...nnti boleh lah buat lagi..bagi yg tak pernah cuba..cuba aje..klau kali pertama tak jadi ..jgn putus asa..kita cuba lagi..
Ini resepinya:
KEK
2 1/2 cwn tepung naik sendiri/tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil pewarna merah
1/2 cwn butter ( separuh dr 250 gm)
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cwn buttermilk(resepi buttermilk kt bwh)
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu  kecil baking soda

BUTTERMILK
1 cwn susu segar (240 ml)
1 3/4 sudubesar cream tartar atau 1 sudubesar cuka putih atau 1 sudu besar jus lemon

CREAM CHEESE FROSTING
2 buku cream chesee(1 pun dah cukup)
1/2 cwn butter cup(separuh dr 250 gm)- di lembutkan
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn gula icing (ikut manis lah..boleh tmbah atau kurang)

Cara:
1. BUTTERMILK: campurkan tartar @cuka@jus lemon pd susu dan biarkan selama 15 minit..kacau rata

2. KEK:sapukan butter pd loyang bulat brsaiz 9 inci ..panaskan oven ,suhu 170 C
     i- Ayakkan tepung brsama2 serbuk penaik  dlm satu bekas sedehana.di dlm satu bekas kecil,gaulkan serbuk koko dgn pewarna merah sehingga mnjadi pes yg tidak brketul
     ii- Dlm satu bekas besar, pukul butter dgn gula hingga kembang. mskkn telur satu per satu,kemudian mskkn esen vanila dan pes koko merah tadi..ratakan campuran dgn spatula.
      iii- perlahankan mixer,mskkn 1/3 drp tepung dan pukul rata,kemudian mskkn 1/2 dr buttermilk,pukul rata..mskkn1/3 lagi tepung..pukul dan semua buttermilk,pkul dan mskkn ke semua baki tepung.
      iv- Campurkn cuka dgn baking soda dlm satu bekas lain,bila shj berbuih..segera campurkan dlm adunan kek  dan mskkn dlm loyang dan bakar.
     v-Bakar selama 25-30 minit,cucuk dgn lidi dan pastikan di sejukkan selama 10 minit sblm d letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING : Pukul butter dgn cream cheese sampai halus,perlahankan mixer,tambahkn gula icing dan esen vanilla.
Utk letakkn frosting dibhg rata kek..lagi tebal lgi sedap,terpulang pd citarasa masing2..
*Kek ni sedap klau dimskkn dlm peti sejuk..

Ok jumpa lagi..jaga diri..especially musim2 hujan ni..jgn main dalam hujan...heheheh..
p/s : kalau nk cuba satu lagi resepi RVC tanpa butter ,guna minyak boleh rujuk d sini

http://kitchenguardian.blogspot.com/2011/01/red-velvet-cake.html

SEHARUSNYA BEGITU...

Seharusnya begitu ..bila rasa bahagia itu bertemu..
diam sahaja sudah memberi banyak erti..
tak perlu lagi bahasa berbunga mendayu ..
tak perlu lagi  jelingan  tajam pandangan mata..
tak perlu lagi senyuman manis di sudut bibir..
tak perlu lagi berkata apa-apa..

kerana bahasa yg panjang tidak berguna
kerana rasa itu telah menjelaskan segalanya....
...kita hanya perlu bersatu dan menyatu
...kita hanya perlu terima dan menerima
...kita hanya perlu faham dan memahami
dan kita hanya perlu bersama melangkah  ke alam yg indah itu..
alam yang sering bermain di jiwa !

~ HaSa
151012