Sabtu, 18 Jun 2011

Blueberry Cheese Cake......my version!

As salam..slmt petang...ahh..hampir senja rupanya..apakhabar agaknya kwn2 semua? Hari ni ada kelapangan sikit selepas seminggu "insiden" menyayat hati berlaku...
So..free2 gini..cdng nk buat bluberry chese cake yg ambil resepi dr HaSue  (http://sue-hasue.blogspot.com/2010/04/light-blueberry-cheese-cake.html)  ...tpi as usual ada le ubah suai sini sikit...sana sikit..dn Alhamdulillah..percubaan pertama tidak menghampakn...Mr Z kata sedapppp....




So..inilh rupa hasil air tangan kita...ok tak..?Tapi tak leh lawan deco HaSue yg come lote dan manis dipandang tu...Misah ni bab2 deco ni masih fail...bila l nk pandai agaknya...klau ada sesiapa nk cuba boleh tgk post sblm ni  atau terus ke blog  Hasue..Thanks...again to HaSue..
Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft (Misah pkai 5 kpg aje..)
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)