Langkah yg ku bawa ini
jauh pergi
dari mu...
bukan kerana benci
tapi
kerana aku mahu kau bahagia...
Langkah yang ku bawa ini
bukan kerana aku tidak memahami..
jauh di sudut hati
aku mengerti..
kasihmu tidak ku sapa,
cintamu tak ku hargai..
Langkah yang ku bawa ini
bukan penamat cerita kita
kerana...
hari ini
masih ku temui cinta kita...
ia tetap ada di situ
di tempat dulu
di sudut itu..
Tapi..
aku tak mampu menggapainya lagi..
kerana
ia sudah semakin usang dimamah usia..
Biarlah begitu sahaja....
-AMS.