Khamis, 17 Mac 2011

CARROT PINEAPPLE CAKE

As Salam...malam tadi semasa buat kek pisang marble  utk Aida...terbuatlah kek ni..sblm ni dah buah kek carrot biasa dn kek apple carrot...nmpak resepi ni kt blog kak Jee...mcm sedap  aje ( tkasih kak Jee). ..so try buat...so inilah hasilnya.. lebih sedap  sbb ada tambahan nenas tpi hubby kata tak terasa nenas.. mgkin sbb resepi asalnya bubuh nenas dlm tin so rasa nenas mgkin lebih terasa.....lain kali boleh try lagi..  apa pun memang sedap..ini resepinya...

CARROT CAKE

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & camp; ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung 
¾ cawan gula halus  ( tambah 1/4  cawan gula perang)
1¼ cawan carrot sagat (  guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kecik2. toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ kecil philadelphia cream cheese
Beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.

p/s: Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.


Breakfast di Lake Garden.. layan budak2 kecik ni...jenguk2 juga kwn2 kt dlm zoo...

As salam...hari ni nk jalan2...tak jauh..dekat aje..

 sedap ke nasi lemak tu?.....makan byk2 irfan...
...tgk apa tu?

 
kita bagi ikan makan pulakkk.....
hi....
 jom naik train...round zoo...