Sabtu, 29 Oktober 2011

PENGAJARAN BUAT KITA : Penghinaan di hujung hayat...

Salam...sejak 2 minggu lepas..ini merupakan berita yg paling dahsyat pernah di lihat berlaku di dunia Islam/Arab ..seorang pemimpin yg di geruni tersungkur menyembah Bumi ditangan rakyatnya sendiri..sangat tragis dan menyayat hati..Misah tak mau ulas panjang..cukuplah u all baca ttgnya di media..cuma terjumpa artikel ni pagi tagi..dan mungkin boleh kita sama2  share dan renungi..di tulis oleh 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin... beliau  adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.

Muammar Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih.
Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.
Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya.
Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan. Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan “tidak setia”.
Pada tahun 1973, Gaddafi mengistiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya.
Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar. Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli.
Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli. Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia.
Kesemuanya atas “jenayah” dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi. Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.
Mana kemuliaan
Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai.
Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggal budaya lama yang merosakkan.
Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki.
Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya.
Dia memanggil rakyatnya “tikus” yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya.
Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka.
Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai “dead dog”, “mad dog”, “the rat” dan pelbagai lagi. Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya.
Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya): “Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu”. (Surah al-Baqarah: 143).
Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?!
Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. Laungan takbir “Allahu Akbar” dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi.
Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini.
Benaissa
Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang “terbuka” atau liberal.
Saya ramai kenalan Arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. Beliau ke sini untuk membahaskan tentang “Arab Spring” ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku.
Sudah ada beberapa pembentang yang lain.
Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik.
Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik.
Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip.
Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan. Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan.
Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, meyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: “Religion is the sigh of oppressed creature...it is the opium of the people”.
Saya kata kepada beliau: “Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan”.
Beliau jawab: “Ya, itu maksud saya”.
Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau “The Economic and Political Causes of Change”.
Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa.
Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik.
Beliau menyentuh tentang kepentingan “hope” atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat.
Harapan
Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan.
Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka.
Firman Allah (maksudnya): “Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar:53).
Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat — seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja.
Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini.
Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya.
Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita.

Moral of the story? Bila anda anda menjadi pemimpin dan berkuasa....berhati2lah kerana mungkin anda akan kehilangan segala2nya dengan penuh kehinaan..

Khamis, 27 Oktober 2011

PUYUH MASAK KICAP LADA HITAM

Salam...hari ni rajin sikit masak lauk special..Nasi tomato, Ayam masak merah dan dalca...utk memenuhi keinginan si Fiana tu yg suka sgt nasi tomato dn ayam masak merah...n at the same time.. diri sendiri pulak teringin pulak nk buat masak puyuh kicap berlada hitam..Actually tak susah nk mmbuatnya ..ramai yg dah biasa cuma puyuh tu aje jarang nk dapat...campak2 aje..hihihi.. anyway  diperturunknlah juga resepinya kt bwh ni..

Bhn2:

4 ekor puyuh (belah dua atau 4..ikut suka..basuh dn toskan)...di goreng terdahulu.jgn garing sgt...
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(yg brtanda * tumbuk halus)

1 biji bwg besar
1 ulas bawng putih
1/2 inci halia
(semua ni di mayang halus..utk tumis)
cili kisar
sos tiram
kicap pekat
10 biji lada hitam. (ditumbuk kasar.)
Air asam
Minyak,garam,gula dn sedikit perasa(,kalau suka.)
Daun sup dn daun bawang (hiasan)
Cara:
1. Tumis bahan yg di hiris.  ,,dah wangi sikit,,masukkan bahan yg ditumbuk..
2. Masukkan cili boh..kacau sebati..Lps tu, masukkan sos tiram..tambah air sedikit..biar didih sekejap.
3. Masukkan kicap dan lada hitam serta air asam..
4. Masukkan puyuh yg dah digoreng..gaul ..tambah gula ,garam dan perasa..agak2 ikut citarasa sendiri.
5. Biar didih hingga kuah agak pekat..sblm angkat masukkan hirisan daun bawang/sup .


Ok..itu lah saja,,...dah boleh makan ...HS

Selasa, 25 Oktober 2011

BELAJARLAH DARI ALAM....

Salam, Kali ni entri ttg hobi baru..ambil gambar...seronok tgk hasil2 yg dipaparkan..dan rasanya alam ni terlalu banyak rahsianya yg tak tersingkap sepanjang hayat dikandung badan..Speechless ... bila kita dapat mengaitkan alam dgn kehidupan kita,...ini hasil "seni" yg mampu digarap..gabungan fotografi dan kata-kata...

Ahad, 23 Oktober 2011

KEK KEJU LEMON


250 gm cream cheese - room temp
150 gm butter - room temp
250 gm plain flour
1 tsp baking powder
220 gm castor sugar
2 tbsp lemon juice
1 tbsp lemon zest - optional
4 grade A eggs
Method:
1. Whisk plain flour n baking powder together
2. In a mixer bowl, beat cream cheese, butter n castor sugar until creamy. Add eggs one by one , beat well  until incoporated.
3. Add lemon juice n lemon zest.
4. Fold in flor n mix well combined n pour into greased n line cake tin.
5. Bake at 160 C for 45-50 minutes.

(P/S:  Sorry tak sempat nk translate..hehehe...   *Hiasan walnut adalah optional)
SELAMAT MENCUBA...HS



KEK ZEBRA

 



Salam....nak cuba buat kek ni yg dah lama di ambil resepinya..(sorry tak ingat kt mana..anyway tq kpd owner..halalkanlah ya..)..bagi yg nk buat... ini resepinya...

Bhn2nya:
4 biji telur

110gm gula kastor

...
150gm tpg kek
1/2 sudu teh baking powder

1 sudu besar ovellete

100gm mentega -cairkn(sy guna mintak masak aje)

30gm susu pekat manis(sy letak 3 sudu besar susu)

2 sudu besar serbuk koko (sy letak 3 sudu)

3 sudu besar air

1 sudu teh coklat emulco(sy tmbh sdri 1 sudu besar milo)


Caranya:

-ayak tpg kek dgn baking powder,ketepikn....

-satukn tpg yg sudah diayak dgn gula caster,ovallete,telur dgn kelajuan tinggi selama 10 minit @ adunan jd pekat dan kental

-msukkn mentega cair/minyak,susu pekat dn esen vanila dn putar hingga sebati...

-bhgikn adunan kpd 2 bhgian.....1 bhgian msukkn dgn coklat...

-griskn loyang dgn sedikit majerin,sendukkn kemudian 3 sudu besar adunan coklat...

-selepas 1/2 adunan,sendukkn 2 sudu besar dn seterusnya...1 sudu besar pd akhir adunan akhir....

-bakar suhu 180'c-45minit....(ikut oven masing2)


Khamis, 13 Oktober 2011

An evening......in TTT

 Di sinilah cinta ku jatuh...tiada dua atau tiga.. sejak aku mula kenal mu..hati ku sentiasa ada ruang buat mu..biar betapa payah pun aku akan tetap hadir di sini..melihat kecantikan dan keindahanmu...kusut ku terlerai pabila melihat beningnya air tasik mu..dinginnya  terasa mengusap lembut takala bayu menghembus nipis di muka ku..Aku rela kerana aku terasa nikmatnya alam ciptaan Illahi ini dan aku brsyukur lahir di bumi bertuah ini....Taiping Bandar Warisan...di sini kasihku tumpah...

Earth and sky, woods and fields, lakes and rivers, the mountain and the sea, are excellent schoolmasters, and teach some of us more than we can ever learn from books. 
~John Lubbock~