Ahad, 28 Oktober 2012

PERNAH KAH KITA MERASA


pernahkah kita merasa derita kita sama dgn dia...
tanpa sepatu dan baju baru spt anak kita?
mungkinkah hari ini dia tidak mampu menjamah hidangan spt kita..
mungkinkah hari ini tidurnya tanpa selimut dan tilam empuk..
menarik baju lusuh menutup dada
menarik seluar compang menutup kaki
..dingin menggigit ke kulit mulus
atau mungkin sahaja nyamuk berterbangan d cuping telinga..
atau tinggal d rumah usang tanpa bumbung yg sempurna..
atau lantai simen yg retak seribu..
pernahkah kita terfikir susahnya dia..
mungkin tiada sempat mengira dan belajar d sekolah
seperti anak kita?
pernahkah kita menitis airmata..
merasa sebak d dada
melihat dia yg simpatinya terbenam di dalam mata bening
dalam senyum yg jujur
dalam hati yg lurus
menerima takdir hidup bukan seperti kita?

~ HaSa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan