Khamis, 17 Mac 2011

CARROT PINEAPPLE CAKE

As Salam...malam tadi semasa buat kek pisang marble  utk Aida...terbuatlah kek ni..sblm ni dah buah kek carrot biasa dn kek apple carrot...nmpak resepi ni kt blog kak Jee...mcm sedap  aje ( tkasih kak Jee). ..so try buat...so inilah hasilnya.. lebih sedap  sbb ada tambahan nenas tpi hubby kata tak terasa nenas.. mgkin sbb resepi asalnya bubuh nenas dlm tin so rasa nenas mgkin lebih terasa.....lain kali boleh try lagi..  apa pun memang sedap..ini resepinya...

CARROT CAKE

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & camp; ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung 
¾ cawan gula halus  ( tambah 1/4  cawan gula perang)
1¼ cawan carrot sagat (  guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kecik2. toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ kecil philadelphia cream cheese
Beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.

p/s: Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.


Breakfast di Lake Garden.. layan budak2 kecik ni...jenguk2 juga kwn2 kt dlm zoo...

As salam...hari ni nk jalan2...tak jauh..dekat aje..

 sedap ke nasi lemak tu?.....makan byk2 irfan...
...tgk apa tu?

 
kita bagi ikan makan pulakkk.....
hi....
 jom naik train...round zoo...


 



Isnin, 14 Mac 2011

Nasi daging ,Kurma kambing n Jelatah...

 Santapan tengahari ni....nasi daging , kurma kambing n jelatah...simple habih kan...janji  ...sedapPPPpppp......
....kurma kambingku...resepinya takda..yg biasa2 org lain buat....






Chocolate cheese brownies

As salam...pagi ni hujan lagi..tak keluar kemana2 pun..Mr Z p beli nasi lemak bungkus aje utk breakfast..so nk try buat resepi yg dpt dr internet ni..tapi dimodifiedkn sweetness dia..so boleh kata brownies ni mmg tak manis sgt...faham2 ajelah knp..and also creamcheese tak byk yg tinggal...nk habihkn saki baki hari tu..so layer atas tu agak nipis n can't  see the difference dgn cake layer kt bwh tu & the choco colour is not that dark maybe b'coz of the cooking choco so tak brp nmpak tempting.......So conclusionnya...rasanya lain kali kena buat lain...apa pun trial n error is essential in the learning process (bahasa yg selalu cikgu2 guna!!!) better try than never (Sifu :Mak Qis n Cik Nora Zabri...tolonggg...saya budak baru belajar)......hahaha...nk pujuk hati lah tuu...so this is it...

Ahad, 13 Mac 2011

Koleksi Hadis Nabi & Penggerak Muslimin: Mencintai Isteri

Koleksi Hadis Nabi & Penggerak Muslimin: Mencintai Isteri

....my small little hidding place..

 ..a must..to be sitting here everyday...


Kadang2 kita perlu melarikan diri ...bersendiri buat seketika...melihat diri...kenapa harus begini? Inilah tempat yg selalu ku kunjungi.... Di sinilah segala perasaan suka dn duka kuhumban menjadi cerita agar aku bisa berdiri teguh semula..apabila tiada siapa yg sudi mendengar bicara sendu ku......Teman gembira dn ketawa mmg ramai tapi teman berduka amat sukar dicari..apapun aku pun tidak ingin menyusahkan mereka dgn cerita2 sedih itu...

...dan di sini juga aku belajar ttg dunia baru yg kuteroka iaitu dunia masakan yg amat menarik dn tidak menjemukan..bukan ingin bergelar chef sekadar mencuba dn mencungkil bakat...

...berbekal sebuah komputer dn talian internet aku membentuk dunia ku yg tersendiri..biarlah  ia cuma sebuah dunia yg kecil dn tersembunyi di sudut kamar  ...



 my "small" library...
 

KACANG RUGGED...

As salam...hari minggu ni tak kemana2..hari  ni hari ke2 cuti skolah..hmmm... takda plan p mana2 sbb ada personal matter yg kena diuruskn... apalgi buat kerja2 rumah lah biasanya dn  malam nnti nk menandakan kertas ujian students...tpi belum smpai mood lgi..ptg ni buat yg simple2 aje..dpt dr hasue blogspot.com...kacang rugged..senang aje mmbuatnya..cuma dah ada buat modification skit dr resepi asal..anyway bgi yg brminat boleh sesangat mencubanya apalgi klau dlm family tu  ada yg minat bab2 mengunyah kacang...salam..jumpa lagi..

Kacang Rugged >> sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( sebalang )

* 500g kacang tanah
* 1 biji putih telur
* 1.5 inci halia
* 5 ulas bawang putih
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan serbuk cili
* 1 cawan air
* 4 biji cili padi -jika suka pedas
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara

1. halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
4. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain

Sabtu, 12 Mac 2011

Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah

1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.

2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak amal dengannya.

4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak bersyukur padanya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari darinya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya.


Sumber: Halaqah: Jangan Bersedih Jika Doa Ditolak dan Sebab-sebabnya

 

Banana Marble Cake..again...

As Salam...petang ni hujan lebat di bumi bertuah taiping ni...tepeng( org sini sebut gitu..) dn hujan tak boleh di pisahkan,,kalaupun panas ..tpi tak lama..nnti hujanlah..ok..since cuti skolah dah mula hari ni..ada planning nk tambah skill memasak..so kebetulan kakak dtg ke rumah ..ada di bawa nya pisang so..masa hujan tadi terbuatlah kek ni..lgpun anak2 sedara ni nak tgk sgt mak sedara dia buat..
ok...dah masak...
 inilah ropenye...
  
Ok lah..hujan2 ni ..boleh le minum petang bersama kek ni...jemput makan..(Aida Zek...ur cake i buat hari   Jumaat ni ya...!)..ok kawan2 jumpa lagi..


Khamis, 10 Mac 2011

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sengsara


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit Bunyinya senang nak dibuat, tetapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupaka...n semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.  Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.   
2. Buang Sikap Risau Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.   
3. Belajar Rajin Bersyukur Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.   
4. Belajar Menjadi Pemaaf Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga  anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.      
Share

BUKAN SELALU

Perasaan itu..
 tidak datang selalu sebenarnya
cuma
kadang-kadang sahaja.

Perasaan itu..
tidak di undang sebenarnya
dan
aku bagai merelakan
rasa itu  bertamu

duduk sopan di hadapanku 
dan
ku layan setiap butir bicara
yg lembutnya membisik ,
menyentuh dan terkesan
ke setiap ruang di sanubari.

Biarlah....
bukan selalu.
                                  -AMS.

Selasa, 8 Mac 2011

PUDING KARAMEL


 ...ok...dah siap...boleh le makan...
 dah lama tak buat puding ni..sedap..tpi tak tahan dgn kemanisannya!

Sabtu, 5 Mac 2011

TIDAK LAGI

Tidak lagi 
mahu bertanya
ttg cerita itu..
ttg hati itu...
dan ttg perasaan itu...
Ingin ku tutup rapat kamar kenangan
Ingin ku rantai dan kuncikan setiap bait2 cerita
yang mesranya hanya sebentar
tapi
pedihnya terasa sehingga kini...
Apalagi yg diinginkan,
....pd usia yg semakin menginjak senja
....pd senyuman yg sudah hilang serinya
dan ,
kita juga tak mampu lagi berlari
apalagi  utk mengejar pelangi
yg jauhnya
di ufuk timur..

Tidak  mungkin lagi . 
                                     - AMS

Catatan kehidupan..

As salam...apakhabar buat yg sudi menjengok blog ni..ahh... semalam  dan hari ini tak masak apa2 yg special.. computer pun baru ok selpas masuk klinik.. malam tadi ada rasa "sedih" sikit so trhasil lah puisi "Kehilangan" tu.. ....recently there are people around me that have lost their love ones so I'm dedicating this to them... and i can feel their sadness and sorrow...Insyaallah time will heal their feelings...but then .. life has to go on..right?
Sekerat hari ini di sekolah mesy. PIBG..and next week ada aktiviti jamuan..since dh terlibat sbg ketua  biro jamuan KGKT skolah , ada byk yg nk di prepare..b'coz starting dr Rabu dn Khamis  ada 2 jamuan nk kena sediakn... dan satu jamuan pula utk di hadiri (yg ni p makan aje..) Pengetua skolah akan bertukar ke PPD(Tahniah Tuan...'...intai kami antara nampak, esok jgn rindu2 an... ' dan Cikgu Boo,guru Fizik pulak akan bersara...
Itulah kehidupan kan.,,,.tiada yg kekal..segala-galanya adalah sementara.. ..

Jumaat, 4 Mac 2011

KEHILANGAN

 ...bagai tak percaya
takala ku terima khabar itu
kau telah tiada
kau telah pergi
dan aku telah kehilanganmu.
 ...bagai terpandang bening sinar matamu
bersama senyuman yg tak pernah lerai dr bibirmu
dan
aku tersenyum
saat kau bisik di telinga...
terimakasih 
buat sebuah ikatan abadi
yg nilainya bukan sedikit
dan harganya terlalu mahal.


Maafkan aku..
kerana menangis
bukan ingin menambah derita.
sejujurnya airmata ini,
tanda sayang yg tak pernah terhakis,
tanda kasih yg tak pernah padam,
tanda cinta yg tak pernah  surut,
walaupun kau telah pergi dan tiada lagi di sini...
                                                                                   -AMS