Ahad, 27 Disember 2009

Kalau kita hendak menasihati orang Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala

Ahad, 15 November 2009

Hari ini merupakan antara hari2 yang amat membahagiakan...dapat menghubungi semula seorang kawan lama yang telah terpisah hampir 25 tahun  ...... malam ini dia berjanji utk menghubungi..tentu byk cerita yang hendak disampaikan..

Rabu, 11 November 2009

Bersyukurlah...

Dalam kehidupan ini kita mudah lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada...aku pun begitu..mudah untuk merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki sehinggalah Allah memberi dugaan yang agak hebat ...yang akhirnya menyebabkan aku memnjatkan rasa syukur yang tidak terhingga. .. aku rasa kita perlu setiap hari memanjatkan rasa syukur sebaik sahaja bangun pagi dari tidur dan sebelum tidur pada malam hari kerana ianya bagaikan terapi dan memberi semangat dan kekuatan bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Buat mereka yang masih mencari ketenangan dalam diri cuba2lah.. mungkin kalian juga ada kaedah untuk dikongsi bersama....