Memaparkan catatan dengan label Cakes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cakes. Papar semua catatan

Khamis, 23 Februari 2012

EGGLESS FRUIT CAKE

Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

Bolehlah cuba bgi yg nak kek tanpa telur...InsyaAllah tak menghampakan...HS.



Ahad, 19 Februari 2012

COCONUT CRUMBLE PANDAN CAKE

Bahan untuk kek:
250gm mentega/ marjerin
200gm gula kastor (boleh kurangkan)
4 biji telur B
100gm tepung kek
150gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
( atau kesemuanya tepung gandum 250gm + 8gm b.powder)
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna pandan/ hijau
Jam kaya gula hangus/ kaya pandan

Crumble Topping:
120 gm tepung gandum yang diayak
100gm kelapa kering
120gm mentega cair
100gm gula kastor
1/2 sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh pewarna pandan/hijau
** Gaul semua hingga jadi serbuk roti

Caranya:
1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga kembang 
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan esen pandan dan pewarna. Gaul rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata. Jangan terlalu overmix.
5. Masukkan ke dalam acuan  dengan sukatan 3/4 .
6. Ratakan Kaya(atau lebih) kaya ke atas adunan.
7. Letakkan coconut crumble ke atas adunan tadi.
8. Bakar dengan suhu 180 C selama 50 minit atau hingga masak.

p/s : versi asal utk cupcake ,boleh rujuk blog kwn misah ni... 

http://norastaste.blogspot.com/2012/02/pandan-kaya-cupcakes-with-coconut.html


Khamis, 19 Januari 2012

KEK KARAMEL...yg sebenarnya..(pembetulan post lepas)

Salam Jumaat.. lama dah tk update..busy lah sikit semenjak sekolah buka ni...post ni just nak buat pembetulan..hehehe...nk gelak sorang2 dulu..kek ni adalah pembetulan versi lepas yg salah salin resepi..kali ni "lebih betul" wlaupun tak cantik sgt.. bawa ke skolah..jamu kwn2..tapi kena baiki sikit.. Yg brminat nk cuba..boleh ambil resepi ni....ambil dr blog somebody..harap di izinkan ya..Tkasih.

Bahan-bahan
Loyang saiz 7x7

(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang.


(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)


(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk (kita guna minyak mazola)

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)


Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang dan gebu...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....

Khamis, 1 Disember 2011

KEK KARAMEL














Salam semua..hari 1 disember 2011..hanya tinggal 30 hari lgi ke tahun 2012..InsyaAllah...ada azam baru sebenarnya..tapi tak boleh bgtau kt sini cuma harp2 dimakbulkan...InsyaAllah...
Petang tadi cuba buat kek karamel yg mgkin dah basi bagi org lain..resepi ni dah terperap dlm fail..cuma hari ni ada kesempatan nk buat..hussshhh..ok lah tapi ada kesilapan teknikal sikit sbb karamelnya agak nipis dn sedikit pahit..(trlebih "hangus" kut..)..so klau perhati betul2..bhg atas agak gelap..tapi Mr Z kata keknya lembut dn sedap..sapa lg nk puji hasil tgn dlm rumah ni..Utk first timer...rasanya ok..tpi perlu diperbaiki sikit lagi skill ni...Ok selamat mencuba . Resepi boleh ambik kt sini....   Tksih kt owner ya kak Zu.. ...HS

Posted by Picasa

Selasa, 22 November 2011

KEK CHIFFON ORANGE

Salam semua.....baru brkesempatan nk masukkan resepi...yg brminat boleh follow..

Bhn A
1 3/4 cwn tepung kek
1/8 camt garam
1/2 cawan jus oren + 1/2 sudu parutan kulit(1 biji oren)
1/2 cwn gula castor
1/4 cwn minyak masak/sayur -mazola

6 biji telur ayam (i pakai 5 aje)
-asingkan kuning dan putih telur

Bhn B
Putih telur

3/4 cawan gula
1  sudu teh krim tartar

Cara:

1. Pkul kuning telur dgn gula (Bhn A) sampai hancur gula.
2. Mskn tepung dn gaul rata.
3. Mskkn jus oren dn parutan kulit limau
4. Msk minyak dan gaul sebati.
5. Dlm bekas lain.pukul putih telur dn bahan B sehingga adunan brkrim dn ringan..
6. Msk kedalan adunan awal tadi dan gaul dgn sudu aje..tak yah lebih2 gaulnya.
7. Mskkan dlm acuan kek chiffon.
Bakar pd suhu 170 C selam 50 minit atau sehingga masa.
SELAMAT MENCUBA-- HS
 

Ahad, 23 Oktober 2011

KEK KEJU LEMON


250 gm cream cheese - room temp
150 gm butter - room temp
250 gm plain flour
1 tsp baking powder
220 gm castor sugar
2 tbsp lemon juice
1 tbsp lemon zest - optional
4 grade A eggs
Method:
1. Whisk plain flour n baking powder together
2. In a mixer bowl, beat cream cheese, butter n castor sugar until creamy. Add eggs one by one , beat well  until incoporated.
3. Add lemon juice n lemon zest.
4. Fold in flor n mix well combined n pour into greased n line cake tin.
5. Bake at 160 C for 45-50 minutes.

(P/S:  Sorry tak sempat nk translate..hehehe...   *Hiasan walnut adalah optional)
SELAMAT MENCUBA...HS



KEK ZEBRA

 



Salam....nak cuba buat kek ni yg dah lama di ambil resepinya..(sorry tak ingat kt mana..anyway tq kpd owner..halalkanlah ya..)..bagi yg nk buat... ini resepinya...

Bhn2nya:
4 biji telur

110gm gula kastor

...
150gm tpg kek
1/2 sudu teh baking powder

1 sudu besar ovellete

100gm mentega -cairkn(sy guna mintak masak aje)

30gm susu pekat manis(sy letak 3 sudu besar susu)

2 sudu besar serbuk koko (sy letak 3 sudu)

3 sudu besar air

1 sudu teh coklat emulco(sy tmbh sdri 1 sudu besar milo)


Caranya:

-ayak tpg kek dgn baking powder,ketepikn....

-satukn tpg yg sudah diayak dgn gula caster,ovallete,telur dgn kelajuan tinggi selama 10 minit @ adunan jd pekat dan kental

-msukkn mentega cair/minyak,susu pekat dn esen vanila dn putar hingga sebati...

-bhgikn adunan kpd 2 bhgian.....1 bhgian msukkn dgn coklat...

-griskn loyang dgn sedikit majerin,sendukkn kemudian 3 sudu besar adunan coklat...

-selepas 1/2 adunan,sendukkn 2 sudu besar dn seterusnya...1 sudu besar pd akhir adunan akhir....

-bakar suhu 180'c-45minit....(ikut oven masing2)


Ahad, 24 Julai 2011

Khamis, 30 Jun 2011

APAM PELANGI



 sebelum di kukus...

 selepas di kukus..

Resepinya:

230 gm gula castor
1 sudu teh ovellete 
3 biji telur (Gred A)
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
250 ml ais krim soda
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
msk telur dn gula dn ovelette dlm mangkuk..pkul smpai gebu. Mskn esen vanilla dlm telur.,,Masukn telur 1 per satu kedlm adunan tadi. tambah tepung yg telah dicampur dgn baking powder. Pukul lagi ..akhir sekali maskn aiskrim soda. gaul perlahan hingga sebati.
Bahagikan kpd 3 bhg dn bubuh pewarna yg anda suka..lapiskan setiap adunan berganti2 hingga selesai...
Sediakan kukusan..kukus selama 10 min (dlm acuan kertas cupcake) kalau dlm loyang dlm 20-30 minit.

Sabtu, 18 Jun 2011

Blueberry Cheese Cake......my version!

As salam..slmt petang...ahh..hampir senja rupanya..apakhabar agaknya kwn2 semua? Hari ni ada kelapangan sikit selepas seminggu "insiden" menyayat hati berlaku...
So..free2 gini..cdng nk buat bluberry chese cake yg ambil resepi dr HaSue  (http://sue-hasue.blogspot.com/2010/04/light-blueberry-cheese-cake.html)  ...tpi as usual ada le ubah suai sini sikit...sana sikit..dn Alhamdulillah..percubaan pertama tidak menghampakn...Mr Z kata sedapppp....




So..inilh rupa hasil air tangan kita...ok tak..?Tapi tak leh lawan deco HaSue yg come lote dan manis dipandang tu...Misah ni bab2 deco ni masih fail...bila l nk pandai agaknya...klau ada sesiapa nk cuba boleh tgk post sblm ni  atau terus ke blog  Hasue..Thanks...again to HaSue..
Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft (Misah pkai 5 kpg aje..)
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

Khamis, 2 Jun 2011

FRUITY STRAWBERRY CHEESE CAKE

 KEK KEJU STRAWBERRY BUAH2AN....ada rahsia sebenarnya tersimpan dalam membuat kek ni,,,nk tahu rahsianya? bacalah....
As salam...jumpa lagi ..petang tadi sementara menunggu Asar..teringat ada cream cheese lebih yg  dah dipukul sebati dgn whipping cream, butter , gula.telur dan dn sedikit jus lemon...dah dkt seminggu ada dl fridge..hehehe...kes saki baki lh ni...so belek2 resepi kek buah cheese... so apa lagi memodifiedkn aje lah dgn harapan ..jadilah...So,  cuma tambah lagi 100gm tepung kek dn sedikit baking powder dan buah2 an campuran.. So ..dgn menggunkn kemahiran membaking..jadilah kek ni..so bagilah nama ..OOOpppssss..lupa nk bgitau..semasa tuang bancuhan kek dlm loyang...separuh kn dan tambah jem strawberry..so tu yg nmpak mcm layer..tutup dgn lebihan bancuhan. bakar dlm suhu 170 C smpai kek masak....  Itulah rahsianya..sukatan yg bancuhan cream cheese (main agak2 aje)  tu tak ingat so tak leh nak tulis kt sini.... sbb main agak2 aje... Nk cuba boleh tpi......faham2 ajelah..

Khamis, 26 Mei 2011

KEK CHIFFON PANDAN

As Salam..hai..lama tak membaking dn hntar n3 kt sini...hai ..macm2 kerja kena buat ..agak meletihkan ..petang ni Alhamdulillah ..nk try buat kek chiffon pandan..first time ni..resepi dah lama ambik dan dah tinjau mcm2 cara org lain buat resepi ni...harap2 jadi..masa menaip ni..bau pandan kek ni harum satu rumah!.


 INI LAH RUPA KEK CHIFFON PANDAN YG PERTAMA KALI MEMBUATNYA....OK LAH JUGAKKK...

 ...peringkat awal keluar dr oven..kena buat mcm ni...

Resipinya spt di bawah:

Bhn2:
150 gm tepung super fine ( misah pkai tepung kek)
150 gm gula castor
Telor 5 biji (misah pakai 4 biji Gred A)
1 sudu besar ovalette
80 ml air pandan
80 ml minyak /mentega cair (misah pakai minyak mazola)
1 sudu pes pandan (tak pakai pun sbb takda)
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit pewarna hijau ( dlm 3 titik...klau nk hijau lg tambah 5-6 titik)


Cara2:
1. campur telur, gula, ovellete, tepung dan serbuk penaik dalm mngkuk adunan
2. Pukul dgn mixer hingga gebu dan pekat selam 5 minit dgn kelajuan tinggi 
3. Perlahankn kelajuan dn masukkan air daun pandan,pes pandan dn pewarna hijau...pkul lagi dgn kelajuan tinggi selama beberapa minit sehingga adunan benar2 ringan.
4. Tuangkan minyak kedlm adunan dan gaul dgn senduk/sudu besar hingga sebati.
5. bakar dlm tin pembakar,griskn dasarnya/lapik dgn kertas minyak dgn suhu 150-180 darjah Celcius selama 45 minit atau sehingga masak.,,(api atas bawah)
6. Bila dah masak.keluar dr oven dan telangkupkan atas redai besi(mcm dlm gambar)..biar selama 5 minit.
7. Keluarkn perlahan dn boleh potong utk di makan...   hihihihi..Selamat Mencuba!


Selasa, 3 Mei 2011

PLAIN BUTTER CAKE


As salam....apakhabar agaknya ...dah lama tak hntar post..slpas mcm2 perkara dn peristiwa yg berlaku sepanjang 2-3 minggu ni... Apa sekalipun yg telah brlaku...hidup harus diteruskn selagi diizinkn Allah swt..Malam ni saja nk cuba buat kek butter ni..sbb penah beli ..tastenya nice..since dah ada bahan2nya..so lps maghrib tadi cuba buat....agak mudah membuatnya..So inilah rupanya..agaknya bekas kecik sbb tu naik tinggi  tpi  merekahlah pulak... Rasanya mmg "buttery" and "milky"..not so sweet...tekstur pun gebu sungguh..... boleh buat lgi nnti..a very simple  cake..sapa2 pun boleh buat..Cuba tau jgn tak cuba ..ok..jumpa lagi..Jaga diri..

Bhn2:
180 gm butter
225 gm tepung kek
75 gm tepung gandum
125 gm gula castor
3 biji telur (saya guna 2 biji gred A)
155 ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Pukul gula dn butter sampai sebati. Campurkn telur sebiji sebiji...Pukul lg smpai kembang.
2. tambah esen vanilla.
3. Campurkan tepung2 tadi  berselang selang dgn susu....Gaul sebati.
4. Mskkn dlm loyang yg berlapik kertas minyak.
5. bakar pd suhu 150 C selama 40 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba- HS.

Sabtu, 16 April 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE.


...JGN BETULKN GAMBAR ANDA...MMG HARI NI GAMBAR TAK CANTIK  TPI ALHAMDULILLAH..KEK NYA MENJADI.......THANKS AZLITA FOR THE RECIPE..
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by: Dayang

1 cawan tepung gandum - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ita guna Tudor Gold
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ita letak coffee paste
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ita letak Mazola
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ita letak jus lemon
 Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Khamis, 17 Mac 2011

CARROT PINEAPPLE CAKE

As Salam...malam tadi semasa buat kek pisang marble  utk Aida...terbuatlah kek ni..sblm ni dah buah kek carrot biasa dn kek apple carrot...nmpak resepi ni kt blog kak Jee...mcm sedap  aje ( tkasih kak Jee). ..so try buat...so inilah hasilnya.. lebih sedap  sbb ada tambahan nenas tpi hubby kata tak terasa nenas.. mgkin sbb resepi asalnya bubuh nenas dlm tin so rasa nenas mgkin lebih terasa.....lain kali boleh try lagi..  apa pun memang sedap..ini resepinya...

CARROT CAKE

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & camp; ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung 
¾ cawan gula halus  ( tambah 1/4  cawan gula perang)
1¼ cawan carrot sagat (  guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kecik2. toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ kecil philadelphia cream cheese
Beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.

p/s: Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.


Ahad, 20 Februari 2011

KEK BUAH KUKUS(2)

As Salam...jumpa lagi..hah..baru aje angkat kek buah kukus dari dapur..kebetulan dah keluarkn kukusan buat pulut tadi so..teringat pulak dah lama tak  buat kek buah kukus so apa lgi..terus buat dlm pkul 6 lebih  tadi..kukus  selama 2 jam so baru siap lah..resepi boleh check last post..

 ...masih panas lagi..!

 Walaaahhh....inilah rupanya..kali ni agak gebu..


 Jom...jemput makan...(ajak2 ayam lah tu...hehehe)

Selasa, 25 Januari 2011

KEK BUAH BAKAR

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. )
 3/4 buku mentega
1 cawan gula hitam/dark brown sugar (akak guna 200g)
1 cawan air
200g buah2an kering campur/mix fruits
1 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung naik sendiri*
1 sk bicarbonate of soda*
2 biji telur - dikocok
1 sk esen vanilla/perisa buah2an/esen oren
1/2 sk serbuk kayu manis* (opt)

Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama di dalam sebuah periuk besar.Masak hingga gula dan mentega larut atau hingga mendidih.Sejukkan.
2.Ayak bahan2 bertanda dan masukkan ke dalam campuran buah2an yang telah sejuk berselang-seli dengan telur yang dikocok tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan pula esen perisa kesukaan masing2.Kacau lagi hingga benar2 sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dan digris.Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau hingga masak.
4. Biarkan kek di dalam loyang 5-10 min. baru dikeluarkan dan disejukkan di atas redai kek
.

KEK BUAH KUKUS



 Bahan2:
250 gm butter
250 gm gula halus

350 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm buah2an campuran kering
100gm gula ( cairkan ..ala2 gula hangus (kekuningan) .tapi jangan sampai hangus ….

Cara:
  1. Butter + gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu+ esen vanilla
  3. Masukkan bahan2 yg di ayak.
  4. Masukkan buah2an campuran.
  5. Masukkan gula yg dicairkan.
  6. Kacau rata.
  7. Sediakan air kukusan.
  8. Kukus selama 2 jam. Jgn biarkan air kukusan menitik atas adunan.
  9. JGN BUKA TUDUNG KUKUS  sehingga selesai..

SELAMAT MENCUBA..(TERIMAKASIH PD KAMARIAH ABDUL ZABIL SBB SUDI BG RESEPI NI..)