Ahad, 5 Jun 2011

AKU YANG JUJUR

Telah ku khabar pada  kau
bukan sekali 
tapi
berkali-kali...
aku sekadar ingin singgah melepas lelah
setelah seharian menjejak bekas-bekas yg ditinggalkan 
oleh manusia tanpa suara itu
utk mendapat jawapan,
utk mencari kepastian,
buat sebuah pertanyaan yang telah lama kulontarkan.
Jangan memandang sinis
di hujung pandangan mata mu itu
Jangan kau sangsi pd kejujuran hati
kerana aku tidak pernah ingin menjadi seorang pendusta
aku manusia jujur 
dan berkata benar
tapi 
kau ..
seperti selalu
 ... tidak mahu percaya
 ... tidak mahu mendengar
aku jadi jemu kadang-kadang..
aku jadi kecewa selalunya..
dan 
kerana itu
aku harus bangun
dan pergi...jauh dari mu.  - AMS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan