"......Mungkin Pulau Mutiara
tidak salah menemukan kita
sbg rakan seperjuangan
.......Mungkin juga kemesraan
persahabatan ini
sekadar mengisi hari-hari
di bumi perbukitan ini.
.......Mungkin semalam yang kita tinggalkan
ibarat titis air hujan
terlekat di kaca jendela
.......Mungkin juga itu kehendak kita sebenarnya.
Atau,
aku yang tidak sedar
esok bukan sekadar tarikh di takwim
tapi adalah perancangan dr hari ini.
Justeru itu,
seandainya semalam
aku pernah bersalah padamu
maafkan...
kerana esok kita tidak lagi seperti semalam!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan