Selamat jalan sahabat,
bukan mudah melafazknnya
bukan senang juga utk menerima berita itu
Sahabat,
perjalananmu rupanya berakhir di sini
dan
begitulah cerita sebuah kehidupan,
kerana
segala di dunia ini tidak kekal
hidup ini hanya persinggahan
hidup ini hanya sementara...
Hari ini sahabat,
aku melihat kesedihan
di sekelilingku
ada sendu dan tangisan,
ada airmata yg mudah gugur,
ramai yg menangis,
ramai yang terharu
dan
ramai yang tidak lagi mau berbicara riang
kerana
mengenangkanmu...
Sahabat... akhirnya kau pergi jua..
kami redha dan akur
kerana
takdir Allah adalah sebuah ketentuan
yg telah tertulis di Loh Mahfuz
sejak dulu lagi..
Kita datang dariNya
dan
kita akan kembali kepadaNya jua.
Selamat Tinggal Sahabat.
semoga kau tenang di sana...
Al- Fatihah....
begitulah perjalanan manusia di dunia yang fana ini. persiapkan bekalan sebelom ke sana.
BalasPadam