From Taiping With Lots of Love... in a simple way...it is just a personal things i love to do.. writing, baking ,cooking ,flowers arranggement,travelling n photography ...it may not look perfect but its ME...
Ahad, 21 Oktober 2012
KALAU....
.....kalau d kiri ada duri..d kanan ada
onak..aku memilih d tengah...kalau d kiri ada api..d kanan ada
bara...aku memilih d tengah...kalau d kiri ada ombak..d kanan ada
badai..aku memilih d tengah...kalau d kiri ada taufan...d kanan ada
ribut...aku memilih d tengah...kalau di kiri ada DIA..d kanan ada
KAMU..aku tidak mahu memilih SESIAPA...kalau ke kiri pun payah..ke
kanan juga sukar....aku memilih utk TIDAK PERGI KE MANA-MANA!
~ HaSa 181012
~ HaSa 181012
KELAS NASI ARAB
Salam...Alhamdulillah hari ni d beri kesempatan utk mghadiri klas nasi Arab di Bertam,Kepala Batas..seronok sbb dah lama teringin nk belajar buat Nasi Arab..Chefnya Ustazah Wan Habsah...byk tips dr Ustazah ni ..bkn setakan mengajar masak siap dgn doa..doa kasih sayang dan doa melembutkan hati..apa pun agak letih juga sbb hampir 10 jam di sana tapi sangat brbaloi..bertolak dr Taiping jam 7.30 dn sampai di sana dlm jam 8.50 ...klas start jam 9.00..Terima kasih pd Amy Aziz & suami (Amy Caterer), Akmal dan Hamimah yg sama2 juga join trip ni..
Sabtu, 20 Oktober 2012
SEORANG AKU (siri 2)
Salam....mungkin hari ini adalah hari yg aku akan menulis ttg AKU..tidak lah begitu menarik ceritanya sekadar berkongsi rasa ttg siapa AKU sebenarnya atau tidak juga yg sebenarnya kerana adakalanya tulisan yg berjela tidak mampu menjelaskan ttg diri dan peribadi seseorang..dan mungkin juga orang yg saban hari bersama dgn kita juga tidak memahami atau "kenal" siapa kita sebenarnya kerana setiap kita mempunya rahsia diri yg hanya diri sendiri sahaja yg faham...yg pasti aku seorang yg suka memerhati dan menulis..dari pemerhatian aku menulis..itulah sebenarnya AKU...cuma kdg2 tulisan ku agar berbaur peribadi walaupun sebnarnya ada ceritanya bukan milik AKU..ceritanya dari org lain dan tempat lain..bukan di sini ..ku garap menjadi madah ..puisi..tulisan..dan kini cuba utk menulis cerpen dan kalau mampu ingin menulis sebuah novel..hahhaa..mgkin ada yg tersenyum sinis dan ketawa...tidak mengapa.. dan aku tahu ada secara gurauan menyindir ttg cara ku ini dan aku hanya trsenyum kerana aku anggap mereka tidak memahami citarasa dan cara ku...adakalanya juga aku menangis sendiri kerana aku mudah trsentuh dgn setiap kata dn perlakuan org..tapi aku pujuk saja hati ku..anggaplah mereka itu spt angin yg dtg dan pergi begitu sahaja..adakalanya kuat adakalanya perlahan namun tidak akan mampu membuat aku goyah kerana aku tidak meminta apa2 dr mereka....
Entahlah..aku pun tidak tahu kenapa aku suka menulis...walaupun tulisanku cuma tulisan orang kecil tapi aku masih terus ingin menulis....mungkin ada yg begitu sinis dan jengkel dgn sikapku..ya..mana mungkin semua org akan suka dgn cara kita..tidak mengapa..kita tidak akan memaksa sesiapa utk menyukai..kita juga tidak akan meminta mereka membaca..kerana.. Namun..masih ada beberapa sahabat yg begitu setia brsama..memberi dorongan dan sokongan dan bersyukur bertemu org2 spt ini yg begitu memahami dan mengerti...Terima kasih sahabat....AKU menulis bukan kerana nama... aku menulis kerana suka menulis..dan selagi keSUKAan ku ini tidak menyakiti hati sesiapa ..diharapkan aku akan terus berkarya dgn cara ku yg serba sederhana ini.. iNSYALLAH SELAGI DI IZINKN Tuhan...

RINDU YG TERTINGGAL DI TASIK BIRU
Hari ini..
aku masih d sini..
melihat ombak2 kecil di permukaan tasikmu
di belai sang bayu yg setia..
...
mungkihkah setia spt aku
pd saban waktu mengenangmu
pd setiap detik mengingatimu
namun..aku harus akur pd hukum alam
segala yg bermula
akan ada akhirnya.
walau berat sekali kaki melangkah
ku gagahi jua
kerana tiada apa lagi di sini
sekadar cebisan kenangan silam
dan
aku ingin berani utk pergi
aku ingin segalanya bertitik noktah
dan biar saja..
..... tasik biru ini menyimpan rinduku..
~ HaSa

Jumaat, 19 Oktober 2012
BILA SEPI ITU INDAH
Bila tiada sesiapa ingin berbicara apa2..
semuanya memalingkan muka
semuanya tak ingin bersuara
semuanya seperti tidak punya rasa
yang ada pun seperti tiada..
yang tiada sudah pasti tidak boleh berkata apa2...
...dan aku pun ingin diam sahaja
ingin melihat sahaja
ingin memerhati sahaja
atau mungkin sepi itu indah
bila dalam diam ada bicara
cuma tidak terungkap di bibir saja
tapi ada di dalam dada...
~HaSa
191012

Khamis, 18 Oktober 2012
REDHA
Tuhan....
di pagi yang hening ini
ku panjatkan segala doa ini buat Mu
ku pohon segala kekuatan yg dapat kau berikan
bantu lah aku
ringankanlah bebanku
kadang2 aku jadi tidak mampu
kadang2 aku jadi gusar
kadang2 aku jadi begitu sayu....
Tuhan.....
di pagi yang nyaman ini
ku panjatkan segala doa ini buat Mu
ku pohon segala belas kasihan yg dapat kau berikan
kasihanilah aku
redhakanlah takdirku
kadang2 aku jadi lemah
kadang2 aku jadi marah
kadang2 aku begitu sedih....
Pagi ini...Tuhan..kau lihat airmata yg gugur tanpa d paksa ini
mengalirnya ia kerana aku terlalu lama menahannya
maafkan aku...ku pohon yg terbaik buat diriku
tenangkanlah jiwaku..buka lah pintu hatiku
agar menerima segalanya dgn REDHA....

Selasa, 16 Oktober 2012
Isnin, 15 Oktober 2012
RED VELVET CAKE(2)
Salam...selamat pagi...dah lama tak membaking..so malam tadi sempat buat RVC..dah lama nk buat correction yg dulu..kali ni mcm jadi sikit..hehehe...but still tak puas hati..will try sekali lagi..but the taste..sedappp..ala2 secret recipe..sapa lagi nak puji klau tak diri sendiri..masuk bakul angkat sendirilah ni...hehehehe...nnti boleh lah buat lagi..bagi yg tak pernah cuba..cuba aje..klau kali pertama tak jadi ..jgn putus asa..kita cuba lagi..
Ini resepinya:
KEK
2 1/2 cwn tepung naik sendiri/tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil pewarna merah
1/2 cwn butter ( separuh dr 250 gm)
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cwn buttermilk(resepi buttermilk kt bwh)
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil baking soda
BUTTERMILK
1 cwn susu segar (240 ml)
1 3/4 sudubesar cream tartar atau 1 sudubesar cuka putih atau 1 sudu besar jus lemon
CREAM CHEESE FROSTING
2 buku cream chesee(1 pun dah cukup)
1/2 cwn butter cup(separuh dr 250 gm)- di lembutkan
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn gula icing (ikut manis lah..boleh tmbah atau kurang)
Cara:
1. BUTTERMILK: campurkan tartar @cuka@jus lemon pd susu dan biarkan selama 15 minit..kacau rata
2. KEK:sapukan butter pd loyang bulat brsaiz 9 inci ..panaskan oven ,suhu 170 C
i- Ayakkan tepung brsama2 serbuk penaik dlm satu bekas sedehana.di dlm satu bekas kecil,gaulkan serbuk koko dgn pewarna merah sehingga mnjadi pes yg tidak brketul
ii- Dlm satu bekas besar, pukul butter dgn gula hingga kembang. mskkn telur satu per satu,kemudian mskkn esen vanila dan pes koko merah tadi..ratakan campuran dgn spatula.
iii- perlahankan mixer,mskkn 1/3 drp tepung dan pukul rata,kemudian mskkn 1/2 dr buttermilk,pukul rata..mskkn1/3 lagi tepung..pukul dan semua buttermilk,pkul dan mskkn ke semua baki tepung.
iv- Campurkn cuka dgn baking soda dlm satu bekas lain,bila shj berbuih..segera campurkan dlm adunan kek dan mskkn dlm loyang dan bakar.
v-Bakar selama 25-30 minit,cucuk dgn lidi dan pastikan di sejukkan selama 10 minit sblm d letak frosting.
CREAM CHEESE FROSTING : Pukul butter dgn cream cheese sampai halus,perlahankan mixer,tambahkn gula icing dan esen vanilla.
Utk letakkn frosting dibhg rata kek..lagi tebal lgi sedap,terpulang pd citarasa masing2..
*Kek ni sedap klau dimskkn dlm peti sejuk..
Ok jumpa lagi..jaga diri..especially musim2 hujan ni..jgn main dalam hujan...heheheh..
p/s : kalau nk cuba satu lagi resepi RVC tanpa butter ,guna minyak boleh rujuk d sini
http://kitchenguardian.blogspot.com/2011/01/red-velvet-cake.html

SEHARUSNYA BEGITU...
Seharusnya begitu ..bila rasa bahagia itu bertemu..
diam sahaja sudah memberi banyak erti..
tak perlu lagi bahasa berbunga mendayu ..
tak perlu lagi jelingan tajam pandangan mata..
tak perlu lagi senyuman manis di sudut bibir..
tak perlu lagi berkata apa-apa..
kerana bahasa yg panjang tidak berguna
kerana rasa itu telah menjelaskan segalanya....
...kita hanya perlu bersatu dan menyatu
...kita hanya perlu terima dan menerima
...kita hanya perlu faham dan memahami
dan kita hanya perlu bersama melangkah ke alam yg indah itu..
alam yang sering bermain di jiwa !
~ HaSa
151012

Ahad, 14 Oktober 2012
Sabtu, 13 Oktober 2012
CERITA KITA..yang belum berakhir
Bukan ingin ku buka peti khazanah cerita kita
tidak ingin ku sedut debu kenangan
yg berterbangan memenuhi udara ...
puing2 kelabu itu hanya menyesak dada
namun cerita itu datang mengetuk2 benak hati
kerap benar akhir2 ini..
meminta simpati ..
memohon pengertian..
antara airmata dan air hujan yg turun ini
ku gagahi dalam getar tanganku..
membuka kunci peti itu..
ya..aku melihat setiap babak cerita lama
tanpa sutradara itu
berputar bagai tayangan filem ...
dan cerita lama itu ...sudah pudar warnanya
dalam kelam itu aku menghayati
mendengar setiap bait kata-kata
melihat setiap gerak langkah
ada bicara yg tidak sudah
ada rasa yg terbuku d hati.
...derasnya hujan d luar
deras lagi airmata yg mengalir...
ternyata cerita itu tiada kalam tamat
masih tergantung antara semalam dan hari ini
masih ada titik-titik utk d sambung
dan baru ku sedari...
rupanya cerita kita belum berakhir.
~HaSa
121012
Selasa, 9 Oktober 2012
Langgan:
Catatan (Atom)